Resepi Sup Kambing Simple & Sedap – Guna Pressure Cooker untuk Cepat Empuk

Salam semua, siapa je yang tak suka sup kambing, kan? Lagi-lagi kalau dapat hirup sup panas-panas dengan nasi putih atau roti, memang padu! 

Kali ni, sis nak share resepi sup kambing yang super simple, tak renyah, dan yang paling best, kita guna pressure cooker supaya daging cepat empuk tanpa perlu tunggu lama.

Kalau sebelum ni selalu rasa daging liat atau sup kurang berperisa, jangan risau. 

Dalam resepi ni, kita akan guna rempah yang cukup untuk naikkan aroma tanpa buat sup terlalu berempah. Eh ada yang suka tak. 

Sebenarnya sis tak bergantung kepada rempah masa menumis sangat nak buat sup kambing ni. Banyak kali buat simple macam ni dah tersuka tanpa sengaja pulak. 

Bawang pulak sis suka guna bawang kuning tak letak pun bawang merah. 

Sis hanya letak rempah sup tulang Adabi tu je yang ada sekali sup bunjut dengan rempah empat sekawan Jom kita tengok bahan-bahan dulu!

Sup kambing mudah dan sedap dengan hirisan daun sup, bawang goreng, dan kentang dalam kuah berempah

Resepi Sup Kambing Simple & Sedap

Bahan - Bahan 

Ni bahan-bahan yang kita perlukan:

1kg daging kambing bertulang lagi sedap
1 1/2 bawang kuning *
4 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 paket rempah sup tulang Adabi
Ubi kentang 2 biji atau lobak merah secukupnya tak perlu banyak pun
Garam secukupnya 
Daun sup & daun bawang secukupnya
2 batang serai diketuk
6 tangkai lada burung merah dan hijau diketuk

Bahan yang bertanda * dikisar halus

Cara Masak Sup Kambing Simple 

Okay, sekarang jom kita masak! Tak susah pun, hanya ikut step ni:

1. Panaskan minyak dalam pressure cooker, tumis bahan yang telah diblend hingga wangi dan masak

2. Kemudian, campakkan daging kambing dalam periuk, kacau biar dia mesra dengan rempah.

3. Masukkan sup bunjut tulang. Tuangkan air secukupnya, pastikan daging tenggelam.

4. Masukkan serai dan lada burung 

5. Tutup pressure cooker dan biarkan masak selama 30 - 40 minit minit atau sampai daging empuk.

6. Dah siap masak, perasakan dengan garamSiap! Boleh hidang dengan nasi panas.

Senang je kan? Tak perlu tunggu lama, 30 minit je dah boleh makan!

Nak tengok cara masak sup kambing yang simple & sedap? Jom layan video ni!

Dalam video ni, sis tunjuk step-by-step dari mula sampai siap. Kalau first time nak cuba masak sup kambing, confirm lagi senang ikut! Jangan lupa subscribe kalau suka video macam ni. 


Tips & Variasi Sup Kambing

Kalau beli daging kambing, memang selalu sis masak sup. Kalau nak gulai tu tak pernah masak lagi. Nak bagi sup kambing lagi best? Korang mesti tahu tips ni:

Nak hilangkan bau hamis?
Basuh daging dengan air limau nipis atau cuka sebelum masak. Bilas sampai bersih, confirm bau hamis kurang!

Tak ada pressure cooker?
Boleh guna periuk biasa, tapi kena reneh 1-2 jam sampai daging betul-betul empuk.

Nak kuah lebih pekat?
Boleh tambah kentang lecek atau biarkan kuah reneh lama sikit supaya lebih pekat dan berperisa.

Suka pedas?
Tambah cili padi yang diketuk atau letak sambal kicap sebagai pencicah. Memang kaw!

Semangkuk sup kambing homemade dengan daging empuk, kentang, bawang goreng, dan daun sup, sesuai dimakan panas

Soalan Lazim Tentang Sup Kambing

Setakat yang sis boleh bantu, sis cuba bantu ya. Mesti ramai ada soalan tentang sup kambing ni, jadi  jawab siap-siap:

1. Kenapa sup kambing saya berbau hamis?
➡️ Mungkin tak basuh daging dengan betul. Pastikan basuh dengan limau nipis atau cuka sebelum masak.

2. Kenapa daging masih liat walaupun dah lama masak?
➡️ Kalau guna periuk biasa, kena reneh lebih lama. Kalau guna pressure cooker, 30-40 minit dah cukup untuk buat daging lembut. Baik korang ada pressure cooker satu. 

3. Boleh tak guna rempah sup segera?
➡️ Boleh je kalau nak shortcut, tapi guna rempah asli lagi sedap sebab lebih fresh!

Kesimpulan

Mudah kan resepi ni? Tak perlu bahan pelik-pelik, cukup guna bahan yang biasa ada di dapur. Yang penting, kalau nak cepat, guna pressure cooker untuk daging yang empuk tanpa perlu tunggu berjam-jam.

Sis masak ni simple je tau yang penting letak daun sup dan daun bawang banyak - banyak. Bab sup ni memang sis kena letak banyak - banyak. 

Kalau korang suka resepi ni, jangan lupa cuba dan komen pengalaman korang. Sis suka baca feedback dari pembaca!

Post a Comment

Previous Post Next Post